Tuesday, January 19, 2010

PALESTIN YANG DILUPAKAN


KENYATAAN MEDIA
OLEH
SEKRETARIAT MISI CAKNA PALESTIN
DUNIA MENGKHIANATI GAZA

SEKRETARIAT MISI CAKNA PALESTIN yang telah diresmikan penubuhannya oleh Yang Amat Berhormat Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, merupakan cetusan dari gabungan 35 Badan-Badan Bukan Kerajaan.Tertubuh selepas berlakunya serangan ganas dan zalim terhadap orang awam GAZA, Palestin selama 21hari oleh Rejim Zionis Israel yang bermula pada 27hb Disember, 2008.

Tujuan kempen ini ialah untuk mendapatkan 1juta tandatangan ummat Malaysia dari pelbagai latarbelakang Agama, Bangsa, Etnik, Adat Resam dan Ideologi. Untuk menyatakan sikap sekeras-kerasnya mengutuk, membantah, menolak tanpa syarat oleh Kerajaan Mesir yang:-

  1. Mengepung pergerakan keluar-masuk aktiviti harian Rakyat Palestin Gaza seolah-olah telah besama-sama berseju memperkuatkuasakan arahan dan keputusan Rejim Zionis Israel yang dibuat pada Jun,2007 (Apabila HAMAS mengambil alih kuasa pmerintahan Gaza Palestin)
  2. Menolak dan membantah pembinaan tembuk dan cerucuk besi keluli sepanjang sempadan Mesir –Gaza yang akan menjadi satu penjara terbuka yang terbesar pernah di bina dalam sejarah manusia.
  3. Menghalang kemasukan rombongan bantuan kemanusiaan oleh beberapa pertubuhan bantuan kemanusiaan bukan kerajaan seluruh dunia termasuk ‘Palestine Solidarity Campaign’ dan ‘Viva Palestina’ ke Gaza Palestin.

Tindakan keji dan melampau, biadap, zalim, pencabulan dan pengkhianatan hak nilai-nilai kemanusiaan oleh Kerajaan Mesir amat memalukan ummat Islam khasnya dan masyarakat dunia amnya. Mesir sebuah negara yang di bawah pemerentahan orang Islam telah mengkhianati piagam Muhammad s.a.w yang menjaga hak-hak Umat Islam dengan Umat Islam,  serta saperti apa yang terdapat dalam peristiharan `Universal Declaration of Human Rights’ oleh Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10hb Desember, 1948, mengenai hak-hak asas kemanusiaan.

Perbuatan Mesir ini yang dilihat mendapat cadangan dari Rejim Zionis Yahudi dan Amerika dianggap telah menjadi barua, dan kuda tunggangan kepada Rejim Zionis Israel dan Amerika serta sekutunya.yang mempunyai nafsu sarakah untukmelumpuhkan pembentukan Negara Palestin yang Merdeka

Pembinaan tembuk dan curucuk besi keluli ini sebagai satu jenayah oleh barisan Panel Ulama Jordan

Ia merupakan satu perbuatan keji bermotif sebagai pengepung dan penghadang kepada laluan bantuan pemakanan dan perubatan melalui terowong-terowong yang menjadi punca utama Rakyat Palestin Gaza mendapatkan bekalan asasi.

Meskipun perjalanan setahun telah berlalu sejak serangan zalim Rejim Israel menyerang seluruh penduduk semenanjung Gaza, masyarakat antarabangsa hanya melakukan sedikit sahaja usaha penyelesaian terhadap kesan atau kesan selepasnya hasil kempen ala Nazi oleh Rejim Israel.

Dengan hanya perlindungan dibawah pejuang HAMAS, rakyat Palestin bersama-sama mempertahankan serangan ganas selama 21hari Rejim Israel yang bermula pada 27hb Disember, 2008 yang membanjiri bumi Gaza dengan bom, misil, phosphorus putih dan bermacam-macam lagi senjata kemusnahan terhadap penduduk awam Gaza yang tidak berdosa.

Hasilnya, 14,000 rakyat awam Palestin terkorban, termasuk 350 kematian kenak-kanak dan lebih 50,000 cedera dan cacat kekal. 40,000 buah rumah penduduk ranap sebahagian atau sepenuhnya. Ribuan bangunan awam termasuk masjid dan kemudahan awam seperti hospital dan sekolah dibom sehingga menyembah bumi.

Israel sebuah Negara pengganas lagi haram yang mempunyai kuasa tanpa had dan di cabar oleh pihak antarabangsa dan masih melakukan kemusnahan dan pembunuhan berterusan hingga sekarang terhadap penduduk Palestin yang  seolah-olahnya berunsurkan “Pembersihan Etnik”, mendakwa semua kempen serangan bom tersebut disasarkan kepada pejuang-pejuang HAMAS sebaga pelampau / pengganas yang dikatakan menyerang Israel dengan menggunakan misil buatan sendiri.

Namun begitu, kematian tinggi dan kemusnahan hebat yang dicatitkan tanpa memberi peluang kepada penduduk Gaza mempertahankan diri mereka, memberi petunjuk bahawa Israel berniat untuk membunuh seberapa banyak penduduk awam Gazaselama masyarakat antarabangsa benarkan dan membiarkannya tanpa apa-apa tindakam\n dan bantahan

Natijahnya, bukanlah keterlaluan untuk mengatakan bahawa niat IsraelGaza setahun yang lepas sebenarnya ialah untuk menyempurnakan nafsu serakah Yahudi-Zionist yang kehausan darah Palestin. disebalik pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk

Satu perbuatan sadis yang amat memalukan dimana Israel dengan keselesaannya melihat dengan penuh sukacita membunuh anak-anak kecil dan orang awam Palestin, mati oleh hujan bom dan segala jenis senjata musnah yang diharamkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk bom phosphorus putih yang dijatuhkan dari kedudukan yang tinggi (high altitude).

Rakyat Palestin dipaksa berteduh di khemah-khemah yang tidak selamat atau bergantung ditepi-tepi bangunan atau rumah mereka yang telah separuh ranap atau rosak terus.
Israel dengan bantuan dan kebenaran oleh negara-negara sekutu Amerika termasuk Mesir menafikan dan tidak membenarkan bahan-bahan pembinaan seperti kayu, gergaji, simen, tingkap dan pintu serta kaca masuk ke Gaza.
Pegawai Israel dan Mesir mereka berbagai alasan untuk mewajarkan perbuatan jenayah mereka yang menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan sadis yang amat besar terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa seperti alasan dikhuatiri pejuang HAMAS akan menyalahgunakan bahan-bahan tersebut untuk mengukuhkan kekuatan.


Sebenarnya, ‘Jenayah’ adalah perkataan yang sesuai ditafsirkan terhadap sikap Israel, kerana sekatan bahan binaan daripada masuk ke genting Gaza membayangkan sifat berhati batu, kejam dan jenayah.

‘Tamadun Barat’ telah di’kasi’kan sekarang dengan kedatangan musim sejuk. Ribuan penduduk Gaza menderita ‘kedinginan’ yang akan menyebabkan penyakit dan kematian merebak oleh kerana kesejukan.

Menunding jari hanya kepada Israel dengan bentuk jenayah ala Nazi nya yang telah menyebabkan rakyat Gaza daif dan menderita tidak mencukupi. Negara-negara barat yang menjadi punca kelahiran negara jahannam Israel ini juga perlu dipertanggungjawabkan diatas kesengsaraan yang dipaksa keatas penduduk Gaza.


SERUAN:

MESIR, ISRAEL, AMERIKA SERTA SEKUTUNYA: 
HAPUSKAN HUKUMAN TANPA SEBAB TERHADAP GAZA
MASYARAKAT DUNIA:
HAPUSKAN HUKUMAN TERHADAP PERBEZAAN

No comments:

Post a Comment